Skip to main content

Mengapa Ramai Orang Belum Mempunyai Pelan Persaraan Yang Cukup?



Berdasarkan statistik ke atas klien dan prospek ayu, 40% prospek yang ayu temui tidak mempunyai pelan persaraan. Mereka mempunyai pelbagai alasan untuk tidak merancang pelan persaraan antaranya ialah kewangan peribadi kurang stabil, banyak hutang perlu dijelaskan dan perbelanjaan sara diri yang semakin meningkat.


Dari sumber The Star pada tahun 2009, 13 % rakyat Malaysia tidak menyimpan untuk hari persaraan. Anda Bagaimana?


Adakah anda tahu bagaimana untuk merancang persaraan anda?

Ayu nak share tips mudah untuk merancang hari persaraan anda.

1. Anda tetapkan pada umur berapa anda hendak bersara.
- Katakan pada umur 55 tahun.

2. Selepas anda bersara, berapa perbelanjaan yang anda perlukan setiap bulan?
- Jika anda berusia 30 tahun lagi maka anda mempunyai 25 tahun lagi. 25 tahun lagi segala perbelanjaan akan meningkat dan kos sara diri anda pada ketika itu mungkin anda memerlukan RM 3000 sebulan.

3. Purata rakyat Malaysia hidup adalah sehingga berumur 75tahun. Anda boleh letak lebih jika mahu. 
- Katakan kita hidup sehingga 75 tahun, maka 20 tahun jangka hayat anda selepas anda bersara. 

4. Kira nilai persaraan anda.
RM 3000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 720 000. Adakah anda boleh menyimpan sejumlah RM 720 000 untuk hari persaraan anda dari sekarang? Jika tidak mencukupi adakah anda bersedia untuk bekerja selepas umur 55 tahun? Jawapan ada pada anda.

Jika anda rasa tidak mampu untuk memperolehi nilai persaraan seperti yang anda inginkan hubungi ayu untuk merancang untuk menambah pendapatan hari persaraan anda.

Bermula menyimpan dari sekarang untuk kesenangan anda di masa hadapan.



Wallahualam


Yang mahu kesenangan pada hari tua
Ayu Shafie
013 2555164

Comments

Popular posts from this blog

Keburukan pelaburan unit trust

Assalamualaikum semua...
Ada beberapa orang sampai ke blog ayu melalui keyword "Keburukan pelaburan unit trust"
Memang betul pelaburan unit trust ini ada keburukan dan kelemahan tetapi kelebihan pun banyak...Tidak ada pelaburan yang betul-betul ideal. Tidak ada pelaburan yang memberikan pulangan tinggi tanpa risiko atau kos pengurusan.
Risiko adalah salah satu keburukan atau kelemahan dalam pelaburan unit trust..
Semua benda ada risikonya...
Jika kita beli kereta ada risiko...risiko kemalangan... Jika beli rumah ada risikonya...risiko rumah tak siap atau condition rumah tersebut yang teruk... Jika kita berniaga juga ada risikonya...iaitu risiko rugi atau untung..
Pendek kata semua benda ada risiko..antara berani atau tidak je nak ambil..
Inginkan pulangan tinggi risiko pun hendaklah tinggi.
Begitu juga dengan pelaburan unit trust ia terdedah kepada risiko.  Turun naik harga pasaran memainkan peranan penting dalam risiko pulangan pelaburan anda. Jika anda bijak dalam pelaburan unit tru…

Harta sepencarian - Suami Isteri boleh tuntut

TERIMA KASIH SAYANG....
Suami : Sayang, jika saya meninggal dunia nanti, bahagian ayang 1/8 ye. Bahagian ibu dan ayah 1/6. Jangan lupa beri bahagian pada mereka ya. Anak lelaki kita 2 bahagian, dan yang perempuan 1 bahagian ya. Ayang jadilah pemegang amanah, simpan bahagian anak sehingga umur mereka 18 tahun. Isteri : Abang, kenapa bahagian saya 1/8 sahaja? Anak-anak saya besarkan. Macam mana saya nak besarkan mereka? Isteri adalah orang paling dekat dengan suami. Yang sentiasa bersama suami membina rumah tangga, menjaga dan mendidik anak-anak. Jika suaminya pergi dahulu, bagaimana si isteri dapat menanggung tanggungjawab suami dan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Suami : Jangan risau, ayang. Mengikut faraid, bahagian ayang cuma 1/8. Tetapi abang dah rancang nak beri lebih kepada ayang. Abang dah isytihar harta sepencarian untuk ayang.
Ya, harta sepencarian adalah cara suami menunjukkan kasih sayang kepada isteri. Walaupun isteri tidak menyumbang harta dalam rumah tangga, tet…

6 Cara Untuk Menukar Simpanan Menjadi Pelaburan

1. Akaun Simpanan. Kelebihan *Mudah dibuka dan dijaga. *Keperluan minimum dan memang munasabah. *Akses tunai adalah fleksibel. Kekurangan; *Pengeluaran tunai yang mudah boleh merosakan rancangan simpanan anda. *Kadar Faedah yang agak rendah. Iaitu tidak melebihi daripada 1% setahun.
2.Deposit tetap. Kelebihan; * Kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan (3 % -4% setahun) * Wang tidak boleh dibelanjakan sembarangan. Kekurangan; * Kadar faedah mungkin kurang daripada kadar inflasi. Contohnya, kadar inflasi sekarang ialah 8% sedangkan kadar bunga ialah 3.5 %. Maknanya, anda akan masih mengalami kerugian sekiranya memilih pelaburan cara ini. * Pengeluaran kurang fleksible.
3. Harta tanah. Kelebihan; * Satu rancangan "simpanan-paksa" yang baik. * Sebagai Lindung nilai yang baik untuk mencegah inflasi. * Boleh memberikan pulangan yang lumayan semasa ekonomi melambung. Kekurangan: * Untuk mula menyimpan memang sukar; kerana wang pendahuluan yang tinggi dan anda mestilah layak untuk mendapatkan …
Follow me @ Instagram